Selasa, 15 Disember 2009

TEKNOLOGI MAKLUMAT

ZAMAN MAKLUMAT
Oleh Ding Choo Ming
Di Mana Kita?

TEKNOLOGI maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi), berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora Zaman Maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat.

Sehingga sekarang, semua negara yang sudah mencapai status masyarakat maklumat mempunyai ciri yang sama. Yang paling nyata ialah ekonominya berasaskan maklumat; lebih daripada 60 peratus rakyatnya membuat keria yang melibatkan maklumat dan IT. Transformasi sosioekonomi ketara di Amerika Syarikat (AS), negara yang pertama mencapai status masyarakat maklumat, iaitu pada tahun 1957. Selepas Perang Dunia Kedua, pekerja industri maklumat melonjak secara mendadak, sementara pekerja industri pertanian menurun dengan banyaknya. Kini, lebih separuh rakyat AS yang lahir pada sekitar tahun 1930-an dan yang masih bekerja, bekerja dalam industri maklumat, 20 peratus dalam sektor perkilangan, 20 peratus lagi dalam sektor perkhidmatan, dan kira-kira dua peratus sahaja dalam sektor pertanian. Diramalkan cuma 15 peratus rakyat AS akan terlibat dalam sektor perkilangan menjelang akhir abad ke-21.

Perubahan sosioekonomi yang seumpama itu juga berlaku diJepun dan negara maju lain di Eropah Barat. Di Jepun, industri maklumat sudah menyumbang 35.4 peratus kepada KNK-nya berbanding dengan 21.3 peratus pada tahun 196O, selaras dengan peningkatan bilangan pekerja sektor maklumat, daripada 29.6 peratus kepada 34.3 peratus pada tabun 1979. Perangkaan itu berubah lagi apabila Jepun mencapai status masyarakat maklumat pada tahun 1975. Dengan perubahan daripada ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan dan kemudian industri maklumat, sifat kerja juga berubah daripada yang berorientasi logistik kebendaan kepada pemprosesan dan jaringan maklumat. yang semakin penting dalam proses pengeluaran, pengurusan, dan kehidupan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama

Sarjana seperti Herbet Schiller, Joneji Masuda, F. Machlup, M. Porat, M. Rubin, Graham Murdock, Peter Golding, Nicholas Garnham, dan Stuart Ewwn telah mengkaji kepentingan maklumat kepada perkembangan ekonomi dan politik masyarakat. H. Schiller mengemukakan istilah technocapitalism untuk menggambarkan ciri masyarakat maklumat. IT telah dan akan mengambil alih mesin dan mechaniza- tion, sementara ilmu dan maklumat memainkan peranan yang semakin penting dalam proses pengeluaran, pengurusan, dan kehidupan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama penyebaran, pengaksesan, dan juga kapasiti masing-masing dalam menggunakan maklumat. Perbezaan kelas yang akan menentukan siapa akan mendapat maklumat apa.

Dari segi sosial, maklumat yang sudah diproses menjadi ilmu akan menjadikan kita lebih pandai, produktif, kreatif, dan inovatif, iaitu syarat yang dituntut oleh era baru. Dari segi ekonomi, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, tetapi juga pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti lebih tinggi, dan dalam masa yang lebih pendek. Contohnya, sistem penempahan tiket penerbangan. Selain membolehkan penempahan tiket dilakukan dengan mudah, cepat, dan tepat, syarikat penerbangan dapat mengawal perjalanan penumpang di seluruh dunia setiap hari. Daya saing syarikat meningkat, keuntungan bertambah, dan kos operasi berkurangan.

Dengan perkataan lain, semakin banyak maklumat digunakan semakin kuranglah tenaga manusia dan bahan mentah konvensional lain yang diperlukan. Hal ini dapat juga dilihat diJepun dan Singapura. Sekalipun tidak mempunyai sumber alam dan galian, kedua-dua buah negara itu mengeksport barangan dan perkhidmatan ke negara lain yang mewah dengan sumber alam. Singapura dan Jepun memanfaatkan sumber yang ada dan memberi pendidikan yang paling baik kepada rakyatnya dengan maklumat dan ilmu yang terkini. Daripada maklumat dan ilmu itulah, banyak produk baru dihasilkan dan dieksport ke negara lain.

PERUBAHAN teknologi memang meninggalkan implikasi baik dan buruk kepada manusia. Antara kesan negatifnya:
  • IT sudah dan akan terus memperbesar jurang perbezaan antara negara kaya maklumat dengan negara miskin maklumat.
  • Kualiti hidup terjejas. Kita dikehendaki membuat banyak kerja serentak, maka terpaksa mengejar masa setiap saat sehingga tiada masa berehat.
  • Hidup yang semakin sibuk menyebabkan banyak orang lebih berminat mencari hiburan, dan tidak berminat pada soal politik, sosial, dan rumah tangga.
  • Masa bersendirian mudah dicerobohi kerana maklumat peribadi mudah diperoleh dari pangkalan data.
  • Masalah pengangguran, guna tenaga tidak penuh, dan persaraan awal semakin serius.
  • Masalah jenayah maklumat, jenayah komputer, keganasan maklumat (infoterrorism) lebih mudah menjejaskan keselamatan negara dan semakin sukar diatasi.
  • Masalah pencemaran alam semakin serius dan sukar dikawal kerana banyak toksin diperlukan untuk mengeluarkan komputer dan komponennya.
Sama ada maklumat dan IT dapat memberi jawapan kepada masalah yang di hadapi sukar diramal sekarang. Buat masa ini, kita masih tidak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya yang menolak kita ke era maklumat ! Yang berikut adalah antara sebab yang di ketahui :
  • Kuasa ekonomi global.
  • Kecekapan bergantung pada IT.
  • Terpengaruh dengan pendapat dan kejayaan orang lain.
Lebih baik mengikut orang yang sudah berjaya daripada bersendiri (iaitu mengikut trend). dihadapi sukar diramal sekarang. Buat masa ini, kita masih tidak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya yang menolak kita ke era maklumat! Yang berikut adalah antara sebab yang diketahui:
  • Kuasa ekonomi global.
  • Kecekapan bergantung pada IT.
  • Terpengaruh dengan pendapat dan kejayaan orang lain.
  • Lebih baik mengikut orang yang sudah berjaya daripada bersendiri (iaitu mengikut trend).
Pilihan yang dibuat biarlah sesuai dengan kemampuan diri, persekitaran yang ada, dan kehendak kita untuk masa depan. Untuk berbuat demikian, diperlukan wawasan dan juga perancangan jangka panjang. Hal ini mungkin sukar tanpa pemimpin yang dinamik, berpandangan jauh, dan yang sudah memahami implikasi maklumat dan IT ke atas kehidupan masyarakat maklumat nanti. Harlan Cleveland dalam rencananya "Information is the Critical Resource of the Future" (The Futurist, Jan-Feb 1997: 13) mengatakan bahawa, biarlah kita sendiri yang menentukan masa depan kita!

Apakah kesan yang dialami oleh masyarakat maklumat dan negara lain di pinggirnya?
Antara perubahan teknobudaya ialah:
  • Perubahan daripada ekonomi yang berintensif buruh kepada yang berintensif modal.
  • Perubahan daripada semangat kedaerahan kepada semangat kebangsaan dan sejagat.
  • Perubahan daripada pekeria buruh kepada pekerja maklumat.
  • Perubahan daripada monopoli kepada persaingan
  • Perubahan daripada pengkhususan kerja kepada membuat banyak kerja serentak.
  • Dasar pendidikan negara yang bersepadu.
  • Perubahan daripada perancangan jangka masa panjang kepada perancangan jangka masa pendek.
  • Perubahan daripada kehadiran fizikal yang wajib menjadi tidak wajib.
  • Perubahan daripada pekerjaan tetap kepada tidak tetap.
  • Perubahan daripada kerja mahir kepada kerja yang tidak mahir lagi yang boleh dibuang.
  • Perubahan daripada saiz yang besar kepada yang kecil.


DEWAN BUDAYA, JULAI 1998, BIL 7 JIL 20, M/S 42-43

Tiada ulasan:

Catat Ulasan