HIDROPONIK
(sumbangan : Jabatan Pertanian Sabah)
APAKAH HIDROPONIK?(sumbangan : Jabatan Pertanian Sabah)
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
- Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
- Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
- Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
- Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
- Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
- Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
- Pam air untuk akuarium.
- Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
- Tangki untuk larutan nutrien.
- Tenaga elektrik.
- Pasu plastik kecil (jika perlu).
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
i) Takung tanaman.ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
Cara Mengubah:
- Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
- Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
- Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
- Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
- Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
- Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
- Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
- Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
- Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA | BERAT (g) | UNSUR KEPEKATAN (bsj) |
Ammonium nitrat | 75 | N 300 |
Kalium fosfat | 40 | P 80 |
Kalium nitrat | 32 | K 230 |
Kalsium klorida | 55 | Ca 200 |
Magnesium sulfat | 18 | Mg 36 |
Besi/Ferum (Fe-EDTA) | 3.29 | Fe 5 |
Boron | 0.56 | B 1.0 |
Manganous chloride | 0.18 | Mn 0.5 |
Kuprum sulfat | 0.04 | Cu 0.1 |
Zingkam sulfat | 0.05 | Zn 0.1 |
Ammonium molybate | trace | Mo trace |
Baja komersil (Gred) | ||
Pertanian atau industri Gred teknikal |
BERITA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN PERIKANAN, JANUARI-JUN 1998, M/S 21-22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan