Selasa, 15 Disember 2009

PENCEMARAN

PENCEMARAN
|   Pencemaran Udara   |   Pencemaran Air   |
|   Pencemaran Tanah  |  Pencemaran Bunyi  |

Alam sekitar yang sihat adalah faktor utama ke arah kesejahteraan hidup. Dunia yang didiami oleh kita kini nyata semakin tercemar. Pencemaran ini, akan boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan.
Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengam pemeliharaan alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia. Hampir semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.
Pencemaran alam sekitar bermaksud perubahan secara biologi, fizik dan kimia terhadap alam sekitar. Terdapat beberapa jenis pencemaran dan antaranya pencemaran udara, bunyi, air dan tanah. Pencemaran ini mempunyai pelbagai punca sehingga menyebabkan kawasan persekitaran tercemar.
Pencemaran di Sabah
Masalah pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu utama di Malaysia termasuklah di negeri Sabah. Di negeri Sabah antara jenis pencemaran yang menjadi isu utama adalah pencemaran sungai. Ini adalah akibat perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di mana sisa buangan idustri dan sampah-sarap dibuang ke dalam sungai. Selain daripada itu, aktiviti pembalakan juga merupakan antara penyebab pencemaran sungai di Sabah. Antara sungai-sungai yang telah tercemar adalah Sungai Moyog, Sungai Kinabatangan, Sungai Kalabakan, Sungai Inanam dan lain-lain.Walaubagaimanapun pihak kerajaan negeri sedar akan keadaan tersebut dan kini sedang berusaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di negeri ini.
Pencemaran udara di negeri ini pula berpunca daripada pelepasan asap kenderaan dan juga pembakaran secara terbuka yang tidak dikawal.


PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
  • Pencemaran Udara PrimerPenghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
    Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
  • Pencemaran Udara SekunderPencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
    Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).
Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
  • Sulfur dioksida
  • Karbon monoksida
  • Nitrogen dioksida dan ozon
  • Alergen
  • Plumbum dan logam-logam lain
Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri kereata
  • Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
  • Pembakaran hutan
  • Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
  • Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
  • Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok
Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
  • Kesihatan terjejas
  • Pertanian yang tidak produktif
  • Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
  • Mengotorkan persekitaran - habuk

PENCEMARAN AIR
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Punca Pencemaran
  • Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
  • Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
  • Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.
Kesan Pencemaran
  • Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
  • Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
Punca Pencemaran
  • Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ).
  • Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.
Kesan Pencemaran
Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.


PENCEMARAN BUNYI
Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).
Klasifikasi Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :
  • Kebisingan selenjar
    Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
  • Kebisingan fluktasi
    Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.
  • Hentakan impuls
    Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.
  • Kebisingan selang-seli
    Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
Punca Pencemaran
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :
  • Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
  • Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
  • Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.
  • Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
  • Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu
Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi :
  • Wujud pelbagai penyakit
  • Menjejaskan produktiviti
  • Gangguan psikologi
  • Hilang imbangan diri
  • Pekak
  • Kesan kepada ibu yang mengandung
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan