Jumaat, 18 Disember 2009

BUMI MAKIN TENGGELAM




Lebih 100 juta penduduk dikatakan menjadi pelarian akibat kediaman masing-masing tenggelam ditelan lautan
 
FILEM dokumentari An Inconvenient Truth yang dihasilkan tahun lalu, menampilkan beberapa fakta mengejutkan antaranya kemungkinan paras laut dunia akan meningkat sehingga enam meter jika fenomena pemanasan global tidak dihentikan segera.

“Enam meter?” Kita mungkin tertanya-tanya kesahihan jangkaan itu. Akan tetapi, jika jangkaan itu benar-benar berlaku, pastinya kenaikan paras laut setinggi enam meter adalah sesuatu yang menggerunkan.

Kawasan tanah rendah dan tepian pantai yang luas di seluruh dunia akan tenggelam menyebabkan kawasan daratan semakin mengecil dengan lautan menjadi semakin luas. Lebih menakutkan adalah 100 juta penduduk (mengikut jangkaan filem dokumentari itu) akan menjadi pelarian lantaran kawasan kediaman masing-masing tenggelam ditelan lautan.

Mengulas jangkaan itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, berkata kenaikan paras laut sehingga enam meter sebenarnya tidak mustahil boleh berlaku tetapi mengambil masa lama.

Beliau berkata, hakikatnya, kajian mendapati paras laut dunia kini semakin meningkat sejak ratusan tahun lalu malah sudah ada beberapa kawasan tanah rendah dan pulau yang tenggelam akibat kenaikan paras laut atau hakisan pantai.

“Akan tetapi, peningkatan dalam beberapa dekad akan datang tidaklah setinggi enam meter tetapi dianggarkan pada penghujung abad ke-21, peningkatan paras laut sekitar 0.5 meter saja. Kenaikan sehingga enam meter memerlukan masa yang lama dan mungkin selama ribuan tahun,” katanya.

Katanya, terdapat tiga faktor menyebabkan paras laut meningkat dan semua faktor terbabit berpunca daripada aktiviti pemanasan global.

“Dianggarkan kira-kira 57 peratus dari peningkatan paras laut berpunca daripada kesan pengembangan haba di lautan manakala kira-kira 28 peratus lagi disumbangkan oleh pencairan glasier dan litupan ais.

“Selebihnya disumbangkan pencairan ais di Greenland dan Antartika. Buat masa ini sumbangan pencairan di kedua-dua kawasan itu masih kecil tetapi sumbangan itu pasti meningkat seiring peningkatan suhu dunia pada beberapa dekad akan datang,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan paras laut akibat pengembangan haba berlaku apabila suhu air laut menjadi panas akibat menyerap haba yang berlebihan dalam sistem iklim dunia dan keadaan itu menyebabkan isipadu air laut juga bertambah.

“Menurut Laporan Penilaian Keempat Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (AR4 IPCC) yang dikeluarkan Februari lalu, aktiviti pemanasan global menyebabkan purata suhu dunia meningkat 0.74 darjah celsius dari 1906 hingga 2005.

“Bagaimanapun, dalam tempoh lima dekad terakhir, kadar pemanasan meningkat dua kali ganda kepada 1.3 darjah celsius. Seiring dengan peningkatan purata suhu dunia, purata paras laut juga meningkat dan peningkatan sepanjang abad ke-20 dianggarkan 0.17 meter,” katanya.

Laporan AR4 IPCC juga menjangkakan pada penghujung abad ke-21, purata paras laut dunia dianggarkan meningkat dari 0.18 meter hingga 0.59 meter berbanding paras laut pada 1980 hingga 1999.

Peningkatan paras laut sememangnya mendatangkan ancaman serius malah ketika ini, sudah ada beberapa kawasan tanah rendah dan pulau seperti Pulau Tuvalu di Lautan Pasifik yang menghadapi risiko ditenggelami lautan.

“Bagaimanapun, kadar kenaikan paras laut ini berbeza mengikut tempat, corak tiupan angin musim, fenomena iklim seperti El Nino dan La Nina selain fenomena air pasang-surut yang berubah pada skala masa diurnal.

“Ada tempat yang mungkin mengalami kadar kenaikan paras laut yang tinggi manakala tempat lain mungkin rendah sedikit,” katanya.

Peningkatan paras laut juga boleh mendatangkan bahaya antaranya mampu mengakibatkan bencana banjir. Suhu laut yang semakin panas pula menyebabkan kejadian ribut dan taufan berlaku lebih kerap dan semakin dahsyat.

Selain itu, perubahan suhu dan pencairan ais juga menyebabkan beberapa spesies hidupan kutub seperti beruang polar, semakin terancam. Habitat hidupan itu semakin mengecil, rantaian makanan mereka terjejas dan dikhuatiri jika masalah ini berterusan, spesies terbabit akan mengalami kepupusan.

Mengulas jangkaan An Inconvenient Truth bahawa tiada ais di Lautan Artik pada musim panas 2050, Dr Fredolin berkata, keadaan itu tidak mustahil berlaku malah menurut IPCC, kadar penyusutan litupan ais di Artik pada musim panas adalah 2.5 peratus dari 1953 hingga 2006.

“Berdasarkan kadar ini dan unjuran yang dibuat pelbagai model dalam laporan IPCC, kadar penyusutan litupan ais diunjur berlaku pada kadar 5.4 peratus bagi tempoh sedekad dan berdasarkan kadar ini, litupan ais akan lenyap antara 2050 hingga awal abad ke-22.

“Bagaimanapun, kajian terbaru berdasarkan data satelit, pencerapan kapal laut dan kapal terbang mendapati kadar penyusutan dari 1953 hingga 2006 sebenarnya jauh lebih tinggi iaitu sekitar 7.8 peratus.

“Berdasarkan anggaran ini, penyusutan yang berlaku dijangka lebih cepat dan memang ada kemungkinan tinggi Lautan Artik akan bebas dari ais pada musim panas beberapa dekad sebelum 2050,” katanya.

Beliau berkata, ketiadaan litupan ais di lautan akan membawa implikasi besar kepada pencerapan haba oleh lautan dan peningkatan suhu air laut kerana tanpa litupan ais, permukaan laut akan menyerap haba dengan lebih cekap.

FAKTA: Peningkatan paras laut

  • Kadar peningkatan purata paras laut dunia adalah sekitar 1.8 milimeter (mm) setahun bagi tempoh 1961 hingga 2003 tetapi ia meningkat pada kadar lebih tinggi iaitu 3.1 mm setahun dari tempoh 1993 hingga 2003.


  • Dianggarkan 80 peratus haba yang terdapat di atmosfera akan diserap lautan sehingga lautan juga menjadi panas sehingga ke kedalaman 3,000 meter dan apabila lautan menjadi panas, isipadunya juga akan bertambah.


  • Jangka masa peningkatan paras laut mengambil masa yang lama disebabkan proses mengagihkan haba secara keseluruhan dalam lautan mengambil masa yang lama.

    INFO: Pemanasan global

  • Berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak karbon dioksida dalam atmosfera. Karbon dioksida dan gas rumah hijau lain mampu menyerap haba solar serta memanaskan haba terbabit. Keadaan ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia menyebabkan Bumi kita sesuai untuk didiami.


  • Bagaimanapun, peningkatan mendadak karbon dioksida di atmosfera akibat pelepasan gas rumah hijau tanpa adanya keseimbangan penyerapan oleh pohon hijau (yang semakin berkurangan akibat aktiviti pembalakan) menyebabkan suhu di Bumi semakin panas.


  • Kajian penyelidik Institut Fizik Universiti Bern dan ‘Projek Eropah mengenai Empulur Ais di Antartika’ membentangkan data yang empulur ais di kawasan itu mengandungi paras karbon dioksida lebih tinggi berbanding 650,000 tahun lalu.


  • Amerika Syarikat dan Australia adalah antara negara yang enggan menandatangani Protokol Kyoto 1997 yang diperkenalkan sebagai usaha mengurangkan pemanasan global dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau khususnya pelepasan sebatian karbon di kalangan negara peserta.


  • Pengumpulan data oleh saintis mendapati 2005 direkodkan sebagai tahun paling panas di bumi sejak penghujung abad ke-19 manakala 1998 adalah tahun kedua paling panas.


  • Kajian terbitan jurnal ‘Nature’ pada 2004 meramalkan yang perubahan iklim dunia akan menyebabkan lebih satu juta spesies pupus menjelang 2050.

  • PENCAIRAN AIS DI ARTIK

    PENCAIRAN AIS DI ARTIK – KESANNYA KEPADA BUMI DAN MANUSIA





    Baru-baru ini di akhbar-akhbar diipaparkan gambar bongkah ais yang berukuran 500 meter panjang dan tingginya 50 meter terapung-apung di lautan. Bongkah ais itu terpisah dari induknya. Apakah yang sebenarnya terjadi?

    Faktor utamanya ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan bongkah ais itu.Sekumpulan pakar penyelidik yang menjelajah kutub utara (artik) untuk membuat penyelidikan benar-benar rasa bimbang dengan fenomena itu. Ekspedisi penyelidik yang diketuai Pen Hadow bersama rakan-rakannya Martin Hartley dan Ann Daniels itu meramalkan kemungkinan besar kutub utara tidak akan dilitupi ais dalam tempon satu dekad. Malah jika senario 'bongkah ais terapung' itu terjadi, pasti aia akan mencetuskan fenomena baru apabila Artik bertukar menjadi lautan tanpa susunan bongkah-bongkah ais. Penipisan ais berlaku dengan kadar yang cepat.

    Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah disuarakan oleh pengkaji sejak bertahun-tahun yang lalu apabila manusia tidak lagi mengendahkan jeritan dan kesakitan bumi hingga planet ini mula bertindak balas terutama apabila pemanasan global sejak awal tahun 1940-an. Isu perubahan cuaca dunia merupakan ancaman besar kepada kehidupan bumi. Jika tidak ditangani dengan baik, maka kehidupan di bumi bakal berhadapan dengan pelbagai bencana alam yang sukar diramal.
    Simptom-simptom ini sebenarnya telah kelihatan. Antaranya, catatan suhu udara di Artik telah mencapai sehingga 4 darjah celsius di atas paras normal antara Oktober hingga Disember 2008. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Litupan ais pada musim panas tahun ini di Artik merupakan yang ketiga terkecil mengikut laporan berbanding pada tahun-tahun sekitar 1979-2006 dan laut Artik kini semakin menyusut kira-kira 11.2 peratus pada setiap dekad. Jumlah sebenar litupan ais telah semakin menipis dalam masa kurang dari satu tahun. Pada tahun 2008 kehilangan ais di Artik mencatatkan peratusan di angka sembilan, satu penurunan mendadak berbanding pada tahun 2007 (21%) yang dikatakan tahun dimana Artik mencair paling drastic. Bayangkan apa yang tinggal sekiranya permukaan ais di Artik berkurangan dari tahun ke tahun. Ais tua yang terdapat di Artik hanya tinggal 19 peratus sahaja berbanding pada tahun di antara 1981 hingga 2000 dimana kewujudannya masih tinggal sebanyak 52 peratus sebelum ketebalan ais semakin mengecil kepada 0.68 meter antara tahun 2004 hingga 2008. Ini betul-betul membimbangkan.
    Lautan Artik merupakan posisi utama dalam sistem iklim bumi dan sama ada sedar atau tidak bongkah-bongkah ais yang semakin mencair kini turut memberi respons negatif kepada iklim bumi dan kesannya adalah jauh lebih daripada terhadap Artik semata-mata. Litupan ais paling minimum di Artik pada tahun ini hanya tinggal 4.13 juta kilometer persegi berbanding tahun lepas. Perubahan ini lambat laun jelas akan memberi kesan kepada manusia yang secara tradisi tinggal di Artik.
    Pastinya terlintas di fikiran kita bagaimanakah keadaan dan nasib penduduk dunia sekiranya ais di Artik dan di Antartika mencair dan lenyap daripada pandangan. Di masa itu, dunia mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada negara-negara yang terjejas seperti Bangladesh, utara Eropah, sebahagian Siberia, Amazon, tanah besar China dan termasuk sebahagian kawasan daratan di tenggara Amerika Syarikat. Menakutkan!!!

    Jadi kerajaan di seluruh dunia harus bersatu menubuhkan sebuah jawatankuasa bermula 2013 bagi merangka dasar berhubung langkah-langkah menangani perubahan iklim dunia memandangkan fasa pertama yang dikenali sebagai Protokol Kyoto bakal tamat pada Disember 2012. Pemimpin-pemimpin dunia perlu mendapatkan persetujuan daripada kesemua 191 buah negara berhubung perjanjian baru yang akan diadakan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copanhagen, Denmark pada Disember 2009. Dasar baru itu kelak dapat mewujudkan satu jalinan usahasama seluruh dunia untuk bersama-sama mengambil apa sahaja langkah bagi menangani isu ini. Kita dan seluruh umat manusia di muka bumi ini dapat memainkan peranan masing-masing walau sekecil hama sekali pun demi memastikan dunia tidak terus tenggelam. Bersediakah kita?



    Sumber: Utusan Malaysia


    Dicatat oleh Hasan di 12:52

    HIDUP BERJIRAN MEMBAWA BAHAGIA

    HIDUP BERJIRAN MEMBAWA BAHAGIA
    Oleh : Mohd Zamir bin Bahall
    Pendahuluan
    Kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung sejauhmana kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan menjadi aset paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.
    Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.

    Mengapa Kita perlu Berjiran
    Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
    '..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
    (An-Nisaa’ : 36)

    Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat maka tidak dapat tidak kita perlulah terlebih dahulu menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Antaranya:
    Bantuan Ketika Kecemasan
    Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.
    Menambah Kenalan
    Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt yang bermaksud:
    'Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali'.
    (Al-Hujurat : 13)

    Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam, landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi.
    Menjamin Keselamatan Setempat
    Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:
    'Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran'.
    (Al-Maidah : 2)

    Menjaga Keharmonian Masyarakat
    Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan meragukan.
    Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu 'Sediakan payung sebelum hujan'. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.

    Menjaga Kebajikan Penduduk Setempat
    Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Bagi memenuhi hasrat ini maka pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Kemajuan Pembelajaran Anak-Anak. Jawatankuasa ini berperanan menilai pencapaian pelajaran anak-anak, mengenalpasti kelemahan dan masalah serta mengadakan program-program yang dapat meningkatkan mutu pelajaran mereka.
    Di samping itu juga, menerusi penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi, program jatidiri dan sebagainya. Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat baik anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan terpelihara. Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini adalah terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
    '…dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka...'
    (Al-Syura : 38)

    Integrasi Nasional
    Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
    Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
    'Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku'.
    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Pedoman Berjiran
    Satu realiti kehidupan pada hari ini ialah kita dikelilingi oleh manusia yang mempunyai pelbagai citarasa, pandangan, minat, gaya, sikap, akhlak, perangai, bahasa dan budaya yang berlainan dan berbeza-neza. Jenis dan ragam manusia yang bermacam-macam ini ditambah lagi tidak semua mereka memiliki hati yang suci bersih dan luhur menyebabkan usaha mewujudkan suasana kerukunan hidup berjiran menghadapi sedikit kesulitan dan kerumitan.
    Walau bagaiamanpun, perkara ini dapat diatasi sekiranya masing-masing mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling faham memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar-tukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah dan mahabbah. Di samping itu, sikap-sikap yang negatif seperti berburuk sangka, irihati, dengki, fitnah dan sebagainya perlulah dikikis dan dijauhkan.
    Sememangnya diakui bahawa usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Pelbagai pendekatan dan amalan boleh dibuat bagi memenuhi hasrat tersebut. Antaranya,

    Bertegur Sapa
    Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.
    Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.

    Kunjung-Mengunjung
    Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat.
    Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu.

    Menghulurkan Bantuan
    Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat.
    Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.
    Bergotong-Royong
    Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.
    Aktiviti bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihaar alam sekitar, membantu jiran dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.
    Perkelahan Keluarga
    Mengadakan program perkelahan keluarga adalah amalan terbaik dalam menjalinkan kemesraan penduduk setempat. Seharusnya kita memanfaatkan sebaik mungkin destinasi-destinasi pelancongan yang banyak terdapat di negara kita bagi menjayakan program ini seperti Batu Layar di Kota Tinggi, Johor, Pantai Kundur di Melaka, Hutan Lipur Lentang di Bentong, Pahang dan sebagainya.
    Banyak acara dan permainan yang boleh dijalankan dalam mengisi program perkelahan keluarga ini sama ada untuk dewasa, kanak-kanak atau keluarga seperti berebut kerusi, mencari barang, mencari harta karun, tarik tali, tiup belon dan sebagainya. Siapa sangka keseronokan yang dirasai secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan kejiranan!
    Banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bagi menguatkan hubungan kejiranan seperti bertukar-tukar juadah atau kuih-muih, mengadakan kelas kemahiran seperti jahitan dan sulaman, mengadakan progran lawatan sambil belajar, mengadakan rumah terbuka dan sebagainya. Apa yang penting ialah adanya kesungguhan dari dalam diri setiap daripada kita dalam mengorak langkah bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan dan seterusnya membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan.

    Kesimpulan
    Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

    Tarikh :   12 April 2005
    [Ruzita Binti Mokhtar]
    Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
    Hits :  20290 

    Selasa, 15 Disember 2009

    JEREBU - KESAN PEMBAKARAN TERBUKA

    BENCANA JEREBU : KESAN PEMBAKARAN TERBUKA


    Pendahuluan

    Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian di sekitar Riau, Sumatera Utara dan Kalimantan, Indonesia. Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga ke paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan. Akibat bencana jerebu ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat jerebu bermula 11 Ogos 2005 sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan kemudian berkuat kuasa serta merta di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 531 dan 529. Pengisytiharan darurat jerebu ini merupakan kali kedua selepas Sarawak pada 19 September 1997 dengan IPU 650.


    Apakah jerebu?
    Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.


    Selain itu, jerebu juga disebabkan faktor luaran akibat pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian terutama di Indonesia. Oleh itu, dengan percampuran faktor tempatan (seperti asap dari sektor perindustrian dan kenderaan) dan faktor luaran, maka keadaan menjadi kritikal. Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan jarak penglihatan.


    Indeks Pencemaran Udara (IPU)
    IPU digunakan sebagai panduan bagi mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan. Ianya diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus iaitu 10 mikron ke bawah dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.


    Jadual 1 : Indeks Pencemaran Udara Malaysia

    IPU
    Status
    Tahap pencemaran
    Ukuran kesihatan
    0-50
    Baik
    Rendah, tiada kesan ke atas kesihatan.


    Tidak perlu membataskan aktiviti luar.
    51-100
    Sederhana
    Pencemaran sederhana, tidak mengganggu kesihatan.


    Tidak perlu membataskan aktiviti luar.
    101-200
    Tidak sihat
    Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku di kalangan mereka yang berisiko tinggi seperti penghidap sakit jantung dan paru-paru.


    • Golongan berisiko tinggi perlu membataskan aktiviti luar.
    • Masyarakat umum perlu mengurangkan aktiviti luar.
    201-300
    Sangat tidak sihat
    Boleh menjejaskan kesihatan.
    • Seseorang yang menghadapi masalah jantung dan paru-paru perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti fizikal dan tidak terdedah kepada jerebu.
    • Masyarakat awam perlu mengurangkan aktiviti luar.
    • Berjumpa doktor jika menghadapi masalah kesihatan.


    301-500
    Berbahaya
    Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku dan berbahaya kepada kesihatan.
    • Seseorang yang menghadapi masalah jantung dan paru-paru perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti fizikal dan tidak terdedah kepada jerebu.
    • Masyarakat awam perlu mengurangkan aktiviti luar.


    500 ke atas
    Kecemasan
    Simptom-simptom gangguan kesihatan berlaku dan berbahaya kepada kesihatan.
    Masyarakat awam dinasihatkan sentiasa mengikuti arahan Majlis Keselamatan Negara dan mengikuti pengumuman semasa menerusi media massa.


    Sumber : Jabatan Alam Sekitar


    IPU akan mempengaruhi jarak penglihatan seseorang terutamanya ketika memandu. Jarak penglihatan yang paling baik iaitu pada hari atmosfera terang adalah melebihi 10,000 meter dan yang paling tidak baik atau pada hari jerebu yang sangat tebal ialah 500 meter. Semakin tinggi IPU, maka semakin kurang jarak penglihatan.
    Jadual 2 : Ketebalan jerebu dan jarak penglihatan


    Ketebalan
    Jarak penglihatan mendatar (meter)
    Tersangat Tebal
    <500
    Sangat Tebal
    500-2000
    Sederhana Tebal
    2000-5000
    Kurang Tebal
    5000-10000
    Terang
    10000>

    Sumber : Jabatan Alam Sekitar


    Oleh itu, setiap pemandu dinasihatkan supaya :
    • Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
    • Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
    • Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
    • Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
    • Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
    • Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
    • Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
    • Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.
    • Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
    • Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
    • Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.




    Kesan jerebu pada kesihatan
    Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat.


    Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi kehidupan yang sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
    • Kanak-kanak.
    • Orang tua.
    • Perokok.
    • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
    • Golongan berpenyakit seperti :
        • Asma.
        • Bronkitis.
        • Radang paru-paru.
        • Penyakit paru-paru yang kronik.
        • Penyakit jantung.
        • Alahan.
    Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
    • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
    • Sukar bernafas atau sesak nafas.
    • Mata pedih dan berair.
    • Hidung berair dan kerap bersin.
    • Kulit badan terasa gatal-gatal.
    • Sakit-sakit dada.
    Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
    • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
    • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
    • Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi
    • Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit.
    • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
    • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
    • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
    • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.
    • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
    • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
    • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

    Darurat jerebu

    Darurat jerebu ialah satu keadaan di mana ukuran IPU mencapai status berbahaya iaitu pembacaan 501 ke atas. Dalam keadaan ini, langkah-langkah berikut perlu diambil :
    • Semua pejabat kerajaan dan swasta termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari ditutup kecuali :
      • Kedai-kedai menjual barangan makanan dan minuman serta pasar raya.
      • Klinik, farmasi dan kedai ubat.
      • Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.
    • Pemberhentian serta merta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
    • Menggalakkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
    • Pengharaman serta-merta semua kerja pembakaran terbuka terus dikuatkuasakan.
    • Menentukan semua sekolah ditutup.
    • Penyebaran maklumat indeks pencemaran kepada pihak media cetak dan elektronik di buat seberapa kerap.
    • Meminta pihak media menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh mereka.
    • Kementerian Penerangan hendaklah memastikan maklumat-maklumat di atas disiarkan secara berterusan.


    Pengisytiharan ini bermakna :
    • Kumpulan Kerja, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara (JPBBN) digerakkan serta merta dan beroperasi 24 jam di Bahagian Keselamatan Negara (BKN) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
    • Bilik gerakan negeri yang terlibat beroperasi sepenuhnya sepanjang masa.
    • Semua bilik gerakan negeri dan daerah digerakkan untuk memantau keadaan di negeri dan daerah masing-masing.
    • Langkah-langkah keselamatan demi menjaga keamanan akan terus dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


    Pengisytiharan darurat jerebu tidak bermakna :
    • Perintah berkurung.
    • Penyerahan kuasa kepada polis dan tentera.
    • Menyekat kebebasan bergerak.


    Penerusan perkhidmatan :
    • Perkhidmatan penting demi kepentingan awam akan berjalan seperti biasa.
    • Hospital, klinik kerajaan dan swasta akan terus memberi khidmat seperti biasa.


    Talian hotline yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat semasa tentang fenomena jerebu ialah :
    • Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
    03-88882010
    • Kementerian Kesihatan : Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan
    03-88834175
    • Bilik Gerakan Jerebu Selangor
    03-55186087/6088
    • Hospital Tengku Ampuan Rahimah
    03-33723333
    • JASline Jabatan Alam Sekitar
    1-800-88-2727, 03-88891972
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    994, 03-88880036
    • Info Cuaca Jabatan Kaji Cuaca
    600-82-7752
    • Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
    03-26978320
    • Jabatan Pelajaran Selangor
    03-55186500
    Penutup
    Bencana jerebu yang kerap melanda negara ketika musim panas kering mengakibatkan beberapa sektor tertentu seperti pengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan, perhutanan dan pertanian terjejas teruk. Kesan jerebu terhadap kesihatan orang ramai juga semakin buruk apabila jumlah pesakit yang mengalami gangguan kesihatan semakin meningkat. Justeru, setiap individu perlu sentiasa berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.




    Sumber maklumat :
    Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
    Berita Harian, 12 Ogos 2005.
    Jabatan Alam Sekitar.
    Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Utusan Malaysia, 12 Ogos 2005

    SKIM CEPAT KAYA

    SKIM PENGAMBILAN DEPOSIT SECARA HARAM / SKIM CEPAT KAYA
    "Kalaulah kami tahu"

    TUJUAN

    Tujuan risalah ini adalah untuk memberi maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak melibatkan diri dalam skim pengambilan deposit secara haram.

    PENGENALAN

    Terdapat bermacam-macam jenis aktivit pengambilan deposit secara haram, di mana bentuk setiap aktiviti tersebut adalah berlainan. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya atas terma-terma bahawa wang deposit tersebut akan dipulnag balik dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
    Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi inilahuang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulanganyang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yan sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.

    SOALAN-SOALAN LAZIM 

    S1: Apakah maksud "deposit"?

    Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut: 
    1. Sejurnlah wang diberikan kepada penganjur skim  tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pernilik tunggal atau seorang  indiviclu.
    2. Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalarn  jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang  memberi pelbagai bentuk ganjaran kepada para  pendepositnya.
    3. Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit clan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan penganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.
    4. Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalarn bentuk logarn berharga, batu berharga, barangan kernas, barangan elektrik atau kereta.
    S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara  haram"?

    la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit tanpa lesen sah di bawah  Akta Bank clan Institusi‑Institusi Kewangan 1989  (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya  yang melibatkan pengambilan deposit adalah suatu  kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur  tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit.

    S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ? 
    1. Penganjur tidak mempunyai lessen sah untuk mengumpul deposit.
    2. Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa yangpendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.
    3. Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk kupon, barangan , barangan kemas atau barangan elektrik
    S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ?  

    Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya adalah :
    • Bank-bank Perdagangan
    • Syarikat-syarikat kewangan
    • Lain-lain (institusi-institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank Saudagar, Syarikat-syarikat Diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menerima deposit)
    NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan samaada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, silalah hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11) 

    S5: Apakah hukuman bag! pengambilan deposit secara haram?

    Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara ticiak melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

    S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat kaya?

    Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaltaran tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit.

    S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya?

    Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin seclar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan.

    S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di deism skim pengambilan deposit secara harem?

    Risiko-risikonya adalah:
    1. Membebankan clan merugikan diri sendiri serta  keluarga jika mereka telah menggunakan kesernua  wang simpanan seumur hiclup, mengeluarkan  simpanan dari ASB atau menciapatkan pinjaman dari  bank atau koperasi hanya untuk menyertaii skim  tersebut. Mereka akan cepat papa, bukannya cepat  kaya. 
    2. Menghadapi tuduhan bersubahat atau bersekongkol  dalam aktiviti pengambilan deposit secara hararn di  bawah ABIK. Hukuman bagi kesalahan bersubahat  adalah serupa seperti yang clikenakan ke atas  penganjur aktiviti pengambilan deposit secara haram.
    S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang  di dalam skim pengambilan deposit secara haram?

    Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian  wang di dalam skim pengambilan deposit secara  haram apabila: 
    1. Skim tersebut gagal. Memandangkan dana  kebanyakan skim pengambilan deposit secara haram  adalah daripada deposit ahli-ahlinya, skim tersebut  akan berterusan selagi ahli yang wujud atau ahli baru  mendepositkan wang. Jika tiada seorang pun yang  menyumbangkan wang, penganjur ticlak akan clapat  menanggung pernbayaran pulangan yang tinggi.  Pada masa itu, skim tersebut akan gagal clan para  pendeposit akan kehilangan wang mereka.
    2. Sejak dari awal, penganjur memang tidak berniat untuk  memulangkan wang deposit dan melarikan diri  bersama wang yang telah dikumpul.
    S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud?

    Selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi clan menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan terus wujud. Mereka yang ticlak berwaspada clan terpeclaya dengan janji-janji pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu mernastikan skim-skim ini berterusan clan akan terus kehilangan wang simpanan mereka.

    S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya ?

    Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis kepada :

    BANK NEGARA MALAYSIA
    Jabatan Perkhidmatan Korporat,
    Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

    atau melalui :
    E-mail      -     info@bnm.gov.my
    Telefon   -     03-2694 6480 / 03-2694 6437
    Faksimili -     03- 2691 2990
    "...menyesal pun tak guna..."
    Bank Negara Malaysia Central Bank of Malaysia


    SAHAM AMANAH

    SAHAM AMANAH  : MODAL TERHAD, PULANGAN LUMAYAN

    'Menabunglah untuk masa depan anda.' Semua orang tahu ini tetapi masalahnya ramai menganggap remeh dan menangguhnya - aahh...esoklah, bulan depanlah, tahun depanlah, tak apalah tunggu umur 30, 40, akhirnya 55 tahun.

    Mengharapkan duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen sahaja tidak cukup untuk menyara hidup yang semakin hari semakin tinggi perbelanjaannya. Pelaburan bijak harus dibuat untuk memastikan wang penat lelah dilaburkan pada tempat yang membolehkan wang itu berkesan memberi pulangan tinggi.


    Antara cara digemari ialah melabur dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Bagi mereka yang tidak berpeluang melabur dalam BSKL, saham amanah (Unit Trust) cara paling sesuai untuk mendapatkan pulangan tinggi seperti bursa saham. Tetapi, kita haruslah faham mengenai saham amanah dahulu sebelum membelinya.


    Sebenarnya saham amanah wujud sejak kurun ke-18 di kota London tetapi hanya terkenal di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia pada tahun 70-an. Di Malaysia, saham amanah pertama diperkenal pada 1959, iaitu First Malaysian Fund, ia dilancarkan Malaysian Unit Trust Ltd iaitu syarikat saham amanah yang pertama di Malaysia.


    Selepas itu beberapa jenis saham amanah dilancarkan tetapi tidak mendapat sambutan hinggalah pada 1981, Amanah Saham Nasional (ASN) diperkenalkan kerajaan untuk menolong meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pelaburan. Sejak itu, saham amanah mula digemari kerana pulangannya memberangsangkan.Hingga 31 Disember, 1999, ada 95 dana diurus 32 buah syarikat membabitkan 47.3 billion unit bernilai lebih kurang RM33.7 billion.


    Saham amanah dikhususkan untuk mereka yang bermodal terhad dan tidak ingin ketinggalan mendapat pulangan lumayan tetapi tidak mampu mengambil risiko tinggi dengan melabur terus dalam saham terbuka. Wang golongan ini dikumpul menjadi satu dana amat besar bernilai berbillion-billion ringgit. Kemudian dilaburkan dalam pelbagai sektor pelaburan seperti pasaran saham, sekuriti kerajaan, bon, simpanan tetap, hartanah dan pelaburan lain yang dibenarkan Suruhanjaya Sekuriti.


    Saham amanah bukan untuk pelaburan jangka pendek seperti pasaran saham yang keuntungan diperolehi dalam masa sehari dua, seminggu ataupun sebulan. Ini kerana harganya ada pertalian dengan indeks komposit yang kerap turun dan naik. Saham amanah dicadangkan untuk jangka masa sederhana tiga hingga lima tahun atau jangka panjang lima hingga 20 tahun. Pada jangka panjang, dengan terkumpulnya bonus dan dividen setiap tahun, saham amanah terbukti memberi pulangan lebih baik daripada pasaran terbuka.


    Lazimnya, wang ini hasil tabungan yang tidak akan dicuit kerana ia bermatlamat tertentu seperti simpanan hari tua atau untuk membeli rumah impian, melancong di luar negara atau kegunaan perbelanjaan anak melanjutkan pelajaran. Apabila melabur dalam saham amanah, pejam mata dan biarkan wang itu berganda setiap tahun daripada bonus dan dividen.

     

    Antara Kebaikan Saham Amanah

     

    Modal Minimum - Dengan serendah RM500 anda boleh menikmati pelbagai jenis pelaburan dan tambahan pelaburan pada bila-bila masa dengan serendah RM50.
    Pengurus Dana Berpengalaman - Wang anda diurus oleh pasukan pengurus dana yang arif, berpengalaman dan dibekali kepakaran menjalankan penyelidikan meluas dalam mencari peluang pelaburan. Lazimnya, kita tiada kepakaran dan masa untuk mengawasi dan mengurus secara giat pelaburan yang pelbagai. Serahkan segala kebimbangan itu kepada pengurus yang pakar agar anda boleh tidur malam dengan lena.

     

    Kepelbagaian - "Jangan letakkan semua telur di dalam satu raga." Dalam pasaran saham amanah, andai anda mempunyai satu jenis dana, anda sebenarnya menikmati faedah lebih kurang 30 - 100 jenis saham bernilai tinggi seperti Tenaga Nasional, Telekom, MAS, Sime Darby dan banyak lagi. Dengan satu syarikat pengurusan sahaja anda boleh mempelbagaikan jenis dana anda. Jika anda mempunyai tiga jenis dana, bermakna ada lebih 300 jenis saham! Jika 100 saham tidak menguntungkan, anda ada lagi 200 saham yang menguntungkan. Bukankah ini mengurangkan risiko dibandingkan orang perseorangan yang tidak berpeluang berbuat begitu?

     

    Kecairan - Jika anda ingin menjual rumah kerana memerlukan wang segera, anda terpaksa menunggu begitu lama untuk mencari pembeli dan proses jualannya. Anda tidak boleh menjual sebahagian rumah seperti bilik tidur atau ruang tamu sahaja. Kalau memegang saham, anda juga terpaksa mencari broker dan menunggu pembeli membeli saham anda. Saham amanah mempunyai syarikat pengurusan yang sentiasa bersedia membeli semua atau sebahagian sahaja saham ingin dijual.

     

    Mengatasi Kadar Inflasi - Anda harus sedar, RM10,000 sekarang berbeza dengan 10 tahun dahulu. Setiap tahun harga naik dan wang anda susut nilainya. Ahli ekonomi berkata kadar inflasi di antara 4 - 7 peratus pada dekad ini dan mungkin dekad mendatang. Yuran pengajian tinggi di luar negara pula meningkat dengan kadar lapan peratus setahun. Jika kadar inflasi enam peratus maka anda terpaksa menyimpan wang di tempat yang boleh memberikan pulangan lebih daripada enam peratus setahun. Itu pun tidaklah berapa elok. Sebaiknya anda mempunyai lebihan mengatasi kadar inflasi. Saham amanah di Malaysia menunjukkan purata pulangan 12 - 15 peratus dengan pemberian dividen atau bonus. Jika dana anda itu jenis agresif, anda boleh mendapat keuntungan lebih daripada 15 peratus dengan kenaikan harga saham.

     

    Tiada pelaburan yang tidak berisiko. Jika takut risiko dan menyimpan wang anda di rumah selama setahun, maka susutlah nilai wang anda dimakan inflasi. Jika anda mahukan risiko rendah, maka pulangannya juga rendah. Jika pulangannya teramat tinggi, maka lebih tinggilah lagi risikonya. Seelok-eloknya, biarlah yang sederhana risikonya tapi memadai pulangannya seperti saham amanah. Amalkan tabiat menabung dan melabur sejak muda kerana risikonya dapat dikurangkan pada jangka panjang.

     

    Perancangan yang teliti menjamin kehidupan dan hari persaraan anda. Pada keluaran lain, kita akan bincang bagaimana kerajaan memandang serius kepentingan pelaburan dan membenarkan wang KWSP dikeluarkan daripada Akaun Satu untuk dilaburkan dalam saham amanah.Sebelum membuat keputusan melabur dalam sesuatu saham amanah, anda dinasihatkan membaca kandungan prospektus, meneliti dan memahami sesuatu dana itu dan prestasi syarikat pengurusan.
    Jelita Oktober 2000 Ms 104


    KAD KREDIT





    01-Kad Kredit Menggalakkan Budaya Berhutang 



    Kad kredit atau kad caj, jika tidak diurus atau dirancang penggunaan dengan rapi akan menjadi perangkap yang akan menjerumus pemiliknya ke dalam krisis kewangan. 

    Kira-kira 30 tahun yang lalu kad kredit atau kad caj dipandang sebagai lambang status. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk mendapat kad kredit atau kad caj. Walau bagaimanapun senario itu sudah berbeza. Kad kredit bukan lagi sesuatu yang ekslusif atau simbol kemewahan tetapi ia sudah menjadi perkhidmatan perlu bagi sesiapa sahaja. Namun begitu, kad caj masih mengekalkan statusnya sebagai simbol kekuatan kredit dan kewangan penggunanya. 

    Masalah yang timbul sekarang adalah berkaitan dengan budaya kad kredit atau wang plastik yang merosakkan cara hidup penggunanya. Kini, kerani, guru, pegawai kerajaan, eksekutif, para profesional, usahawan, malah pemandu teksi dan peniaga pasar malam juga memiliki kad kredit. 

    Untuk mendapat kad kredit pada masa sekarang adalah begitu mudah dan syaratnya tidak serumit 30 tahun yang lalu. Pada ketika itu syarikat pengeluar kad kredit dan kad caj mensyaratkan pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM24,000 setahun atau RM2000 sebulan serta mempunyai rekod kredit yang baik.



    02-Kad Kredit Dan Budaya Hutang Bentuk Baru 



    Setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada tahun 2001 dahulu), Datuk Dr. Rais Yatim, kes-kes muflis yang melibatkan golongan muda termasuk pegawai kerajaan kini berada pada tahap yang mencemaskan akibat daripada penggunaan kad kredit secara tidak terkawal. Laporan Tahunan Keseluruhan Kebankrapan Jabatan Pemeganag Harta cawangan Pulau Pinang menunjukkan sehingga bulan Jun ini, 30% daripada 4,598 kes muflis adalah membabitkan pemegang kad kredit. Pendedahan itu menjadi testimoni penting betapa kad kredit telah membentuk suatu cara hidup yang boleh menjurus kepada pemborosan, dan pembaziran serta menjadikan si pemiliknya papa kedana. 

    Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan pada 28 Julai 1999, seseorang yang berpendapatan RM1,500 sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertubuhan sektor kredit yang terjejas teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997. Di samping itu, Bank Negara juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5% sebulan menjadikannya tidaklebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas jumlah yang tertunggak. 

    Peraturan yang diperkenalkan itu telah menyebabkan pengeluaran kad kredit meningkat secara mendadak. Sehingga suku pertama tahun 2000, jumlah pemilikan kad kredit di Malaysia telah meningkat 500% berbanding tahun 1998. Dengan kad kredit yang dimiliki, seseorang boleh berbelanja tanpa mengeluarkan wang daripada sakunya. Para pemeganag kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangan di atas slip barangan ataupun perkhidmatan yang dibeli. Pihak bank ataupun syarikat kewangan akan membayar bagi pihak pemilik kad kredit. Apabila tiba penghujung bulan, pemegang kad kredit perlu menjelaskan segala bayaran kepada pihak-pihak yang berkenaan. Sekiranya pemilik kad kredit gagal berbuat demikian maka hutang yang tertunggak itu akan dikenakan kadar faedah. 

    Jadi, para pemegang kad kredit tidak sepatutnya merasa bangga dengan “wang” plastik yang dimiliki. Terdapat kecenderungan di kalangan orang ramai untuk memiliki kad kredit sebagai tanda status sosial dan bukannya untuk keperluan perniagaan ataupun kemudahan mudah tunai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kad kredit mempunyai banyak kebaikan tapi perlu diingatkan bahawa keterlanjuran menggunakan kad tersebut boleh menjebak si pemilik ke dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. 

    Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, jumlah hutang tertunggak kad kredit pada sukau pertama tahun 1998 ialah RM696 juta. Tetapi pada suku pertama tahun 2000, hutang tertunggak kad kredit di negara kita telah meningkat kepada RM5 bilion. Peningkatan itu juga dapat dilihat pada jumlah belian menggunakan kad kredit ialah daripada RM 1710 juta kepada RM2.8 bilion dalam tempoh yang sama. 

    Berdasarkan kepada statistik, perbelanjaan menggunakan kad kredit didapati telah meningkat dengan begitu ketara. Sekali gus membuktikan bahawa langkah kerajaan untuk menggalakkan orang ramai berbelanja menggunakan kad kredit bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara telah berjaya. Namun begitu daripada segi yang lain, ia telah mewujudkan bentuk budaya hidup yang kurang sihat di kalangan rakyat iaitu sindrom suka berhutang. Walaupun kadar perbelanjaan menggunakan kad kredit mempunyai had tertentu tetapi penggunaan kad kredit secara berleluasa sering mendorong seseorang berbelanja secara berlebihan tidak setimpal dengan gaji dan pendapatannya. Berbelanja menggunakan kad kredit sememangnya menyeronokkan sehingga kadang kala membuat seseorang terlupa kemampuan kewangannya. 

    Kalau sebelum ini, kad kredit hanya digunakan oleh mereka yang kaya dan berada tetapi kini sesiapapun boleh memilikinya hatta pekerja kilang sekalipun. Malahan ada sesetengah orang mempunyai beberapa keping kad kredit pada satu-satu masa. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan kepada sesiapapun untuk memiliki ataupun berbelanja menggunakan kad kredit. 

    Sebaliknya dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin berkembang, kad kredit dijangka akan menggantikan penggunaan wang tunai pada sedikit masa lagi. Kemudahan yang terdapat pada kad kredit bukan sahaja memudahkan sesuatu urusan tetapi juga mampu memberikan perlindungan keselamatan kepada si pemegangnya. Dengan adanya kad kredit, seseorang tidak perlu membawa wang tunai yang banyak yang boleh menyebabkannya terdedah kepada bahaya rompakan dan risiko yang lain. 

    Tetapi penggunaan kad kredit juga boleh menyebabkan seseorang berbelanja mengikut kehendak nafsunya. Jadi, setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa yang akan datang. Mereka sepatutnya menggunakan kad kredit hanya pada waktu kecemasan sahaja. Jika boleh, berbelanjalah mengikut cara yang konvensional iaitu menggunakan wang tunai yang ada di dalam tangan supaya perbelanjaan itu dapat dikawal dan diawasi selalu. Kad kredit bukan digunakan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bagi perbelanjaan yang tidak perlu. Asas penggunaan dan kad kredit ini perlu difahami. Kegagalan untuk memahami akan menyebabkan seseorang menyalahgunakan kad kredit sehingga menimbulkan kesengsaraan kepada diri serta ahli keluarganya. 

    Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil untuk memastikan supaya penyelewengan terhadap kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antaranya ialah memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai pendapatan yang tinggi boleh memilikinya. 

    Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memilik kad kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau. Kegagalan mereka membayar balik hutang tertunggak akan mengakibatkan mereka diisytiharkan muflis dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan dana institusi kewangan yang memberikan “pinjaman” itu melalui kad kredit. Di samping itu usaha juga perlu diambil untuk mengelakkan para pemegang kad kredit daripada berbelanja secara keterlaluan. 

    Kerajaan boleh menggalakkan orang ramai berbelanja tetapi bukan dengan cara berhutang menggunakan kad kredit. Hal ini dapat dilakukan dengan menaikkan caj bayaran balik dan kadar faedah hutang tertunggak. Langkah ini mungkin akan mendapat tentangan daripada para pemegang kad kredit dan juga pihak institusi kewangan. 

    Bagi para pemilik kad kredit, langkah itu akan disifatkan sebagai tidak adil. Pihak bank pula akan melihat langakah ini akan menyebabkan keuntungan dan pulangan yang bekal diperolehnya mungkin berkurang. Tetapi sayogia diingatkan bahawa langkah ini akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak kerana ia mengurangkan tanggungan pemilik kad kredit dan menurunkan risiko kerugian di pihak bank. 

    Pihak bank mempunyai tanggungan untuk mengawal-selia perbelanjaan para pemegang kad kredit yang menjadi pelanggannya. Mereka tidak sepatutnya menyembunyikan realiti dan keburukan mengenai kad kredit sekiranya si pemiliknya tidak berhati-hati menggunakannya. Meskipun pihak kerajaan dan bank boleh membuat serta mengenakan berbagai-bagai peraturan tetapi penggunalah yang akan menentukan nasib, kedudukan, dan masa depan kewangan mereka. Mereka perlu bijak menggunakan kad kredit. Jika tidak, mereka pula yang akan dikuasai oleh kad kredit dan sejumlah hutang yang perlu dilangsaikan dalam kehidupan sepanjang hayat mereka.


    Dewan Masyarakat Dis 2001, ms 19-20