Selasa, 17 November 2009

BUDAYA MEMBACA





Soalan 1

Kehadiran bahan-bahan picisan dan tabloid di pasaran kini mendapat sambutan hangat, terutamanya oleh golongan muda. Pada tahun 2003 sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan lebih kurang 7 000 permit untuk pelbagai bahan bacaan di pasaran. 

Jelaskan implikasi yang mungkin timbul akibat lambakan bahan picisan di pasaran.

Pendahuluan

Majalah hiburan, komik, dan cerita-cerita seram banyak terdapat di pasaran - mendapat sambutan ramai

Implikasi bahan picisan

1 Meningkatkan kadar membaca di kalangan masyarakat
  1. isi kandungannya yang menarik
  2. memaparkan cerita-cerita hiburan dan gosip yang menyeronokkan
  3. bahasa yang digunakan mudah difahami dan menepati cita rasa pembaca remaja

2 Peningkatan gejala sosial
  1. pembangunan manusia akan terjejas
  2. masyarakat terpengaruh oleh nilai-nilai negatif, ganas, lucah, dan materialistik
  3. meningkatkan masalah sosial yang sedia membimbangkan

3 Melembapkan daya fikir masyarakat
  1. rakyat gemar membaca tetapi bahan-bahan yang menyeronokkan sahaja
  2. rakyat tidak gemar membaca bacaan berat untuk menambahkan ilmu
  3. pemikiran rakyat tidak berkembang dan kadangkala beku

4 Sumber tenaga kerja tidak berkualiti

  1. tenaga kerja tidak inovatif dan kreatif
  2. mereka tidak proaktif untuk menimba pengalaman dan kemahiran bekerja
  3. bekerja untuk keseronokan dan menghabiskan masa di samping mendapat gaji

Penutup

Penerbitan bahan bacaan picisan harus dikawal - impak negatifnya lebih ketara - pembangunan insan di kalangan rakyat harus seimbang




Soalan 2


Buku-buku ilmiah di peringkat pendidikan tinggi adalah penting untuk perkembangan budaya ilmu tetapi di negara kita buku-buku ilmiah kurang mendapat sambutan di pasaran.

Bincangkan faktor-faktor yang menimbulkan keadaan tersebut dan cadangkan cara untuk meningkatkan jualan buku ilmiah.

Isi-isi


Faktor-faktor buku ilmiah kurang sambutan

  1. Buku yang bersifat ilmu sukar difahami oleh masyarakat umum
  2. Persaingan daripada bahan bacaan ringan menjejaskan pasaran buku ilmiah


Cara-cara untuk meningkatkan jualan buku ilmiah

  1. Insentif menarik diberikan kepada para profesional untuk menggalakkan penghasilan karya ilmu
  2. Pameran buku ilmiah digiatkan


Maklumat lanjut boleh dilihat di


Tiada ulasan:

Catat Ulasan