Selasa, 17 November 2009

CUTI UMUM , KERJA LIMA HARI SEMINGGU

Di Malaysia, mulai 2005, pekerja awam hanya bekerja lima hari seminggu. Berdasarkan situasi ini, bincangkan kelebihan bekerja lima hari seminggu dan masalah yang timbul melalui pengenalan sistem ini.

PENGENALAN
Di negara-negara maju, pekerja hanya bekerja 5 hari seminggu. Sistem bekerja 5 hari seminggu ada kelebihannya Namun, masalah akan timbul jika sistem ini dijalankan di Malaysia.

ISI-ISI

Kelebihan

Idea 1 Dapat mengukuhkan institusi ke­keluargaan
­            ibu bapa yang bekerja semakin banyak, tidak ada masa untuk mengawal anak-anak. Sebagai akibatnya, masalah sosial yang melibatkan remaja semakin serius.
­            Melalui pelaksanaan sistem ini, ibu bapa mempunyai dua hari cuti dalam seminggu. Mereka dapat mendampingi anak-anak mereka. Hal ini dapat membentuk ke­utuhan keluarga.

Idea 2 Dapat memajukan industri pe­lancongan tempatan
­            Dengan cuti dua hari seminggu, seisi keluarga mempunyai masa yang lebih banyak untuk me­lancong dalam negeri. Hal ini membantu per­kembangan sektor perhotelan, restoran. dan sebagainya.

Idea 3 Dapat meningkatkan prestasi pekerja
­            Kajian saintifik telah menunjuk­kan bahawa cuti dua hari penting kepada pekerja. Dengan rehat yang cukup,kesihatan mental dan fizikal pekerja Iebih tinggi. Semangat berjuang pekerja dapat dipulihkan.
­            Mereka dapat memberikan tumpuan terhadap kerja mereka. Prestasi kerja mereka Iebih cekap.

Masalah

Idea 1 Menjejaskan daya saing negara kita
­            Pekerja di negara Asia masih bekerja enam hari seminggu. Gaji bulanan mereka juga jauh lebih rendah. Jadi, kos pengeluaran negara membangun lain lebih rendah.
­            Hal ini mengakibatkan kita hilang daya saing dengan negara sedang membangun yang lain. Pelabur akan melabur di negara yang kos pengeluarannya rendah. Keadaan ini akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara.

Idea 2 Membebankan kewangan kera­jaan
­            Kemungkinan banyak urusan kerajaan tidak dapat disiapkan dengan segera. Kakitangan awam terpaksa bekerja lebih masa pada hari bekerja. Kerajaan terpaksa membayar kos kerja lebih masa yang tinggi.
­            Kerajaan juga terpaksa meng­ambil pegawai/pekerja yang banyak.
­            Hal ini meningkatkan per­belanjaan kewangan kerajaan.

Idea 3 Menyulitkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan
­            Kini, suami isteri sama-sama bekerja. Jadi, mereka hanya ada masa berurusan dengan jabatan kerajaan pada hari Sabtu.
­            Jika hari Sabtu juga dijadikan hari cuti, mereka terpaksa mengambil cuti pada hari kerja. Hal ini akan mengurangkan bilangan pegawai pada hari biasa. Oleh itu, orang ramai akan menghadapi kesulitan.
Idea 4 Berlakunya penyalahgunaan dalam kalangan pekerja
­            Masa cuti yang panjang mungkin tidak digunakan untuk bersama keluarga. Sebaliknya, mereka meng­gunakan masa itu untuk mencari wang. Tujuan balk sistem ini tidak akan tercapai.

KESIMPULAN
­            Tujuan baik sistem ini tidak akan tercapal. Kajian teliti dan rasional perlu dilakukan sebelum sistem ini diaplikasikan di negara ini.
­            Kita tidak mahu rakyat negara ini mengabaikan institusi ke­keluargaan.
­            Kita juga tidak mahu cuti berlebihan membebankan kerajaan sehingga menjejaskan kewangan negara.

Di negara-negara maju, para pekerjanya hanya bekerja lima hari seminggu. Mulai 2005, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan sistem bekerja lima hari serninggu. Sistem bekerja lima hari seminggu ini banyak mempunyai kelebihannya dan tidak kurang juga kekurangannya.
Yang pertama, sistem ini diyakini dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan yang agak longgar pada masa MI. Kelonggaran institusi ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa kini terdiri daripada kalangan pekerja. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menemani dan mengawal anak-anak mereka. Sebagai akibatnya, anak-anak yang berusia remaja ini terlibat dalam pelbagai salah laku seperti jenayah, penyalahgunaan dadah, melepak, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dengan pelaksanaan sistem ini, ibu bapa mempunyai masa yang lebih banyak untuk mendampingi anak-anak mereka. Sedikit banyak, mereka dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi anak-anak mereka di samping dapat mencurahkan kasih sayang kepada mereka. Keadaan ini dapat mewujudkan keluarga yang harmoni.
Selain itu, sistem ini dapat memajukan industri pelancongan tempatan. Hal ini demikian kerana dengan adanya dua hari cut] dalam seminggu, para pekerja mempunyai masa yang lebih banyak untuk membawa keluarga mereka bersiar­siar ke destinasi pelancongan yang menarik atau membeli-belah dan menjamu selera di luar. Hal ini akan membantu memajukan industri pelancongan, khususnya sektor perhotelan, restoran, dan sebagainya. Kerancakan industri pelancongan akan melancarkan aliran pusingan pendapatan negara lalu membantu memulihkan kelembapan ekonomi.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa sistem yang sudah lama dilaksanakan di negara maju ini dapat meningkatkan prestasi pekerja. Hal ini demikian kerana sistem ini memberikan tempoh rehat yang cukup kepada pekerja. Tempoh rehat yang mencukupi membantu memulihkan kesihatan mental dan fizikal para pekerja. Malah cuti selama dua hari itu dapat memulihkan semangat juang pekerja supaya mereka dapat memberikan tumpuan serta menjalankan tugas dengan lebih efisien, cekap, dan tepat.
Walau bagaimanapun, sistem ini ada kelemahannya. Antaranya, sistem ini akan menjejaskan daya saing Malaysia dengan negara asing, khususnya dengan negara-negara membangun. Dalam hal ini, tempoh bekerja kebanyakan negara di Asia adalah enam haril seminggu. Gaji bulanan pekerja mereka pula jauh lebih rendah daripada gaji bulanan pekerja di negara ini. Hal ini menjadikan kos pengeluaran di Malaysia lebih tinggi daripada negara membangun yang lain dan oleh itu menjejaskan daya saing negara ini dengan negara sedang membangun tersebut. Untuk menjimatkan kos tersebut, para pelabur akan melabur di negara-negara yang kos pengeluarannya rendah. Keadaan ini akin menjejaskan perkembangan ekonomi negara.
Sistem ini juga membebankan kewangan kerajaan kerana lebih banyak kerja tidak dapat disiapkan dengan segera. Sebagai contoh, urusan JPJ, Jabatan Imigresen, dan sebagainya perlu disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagaimana yang termaktub dalam piagam pelanggan. Untuk mengatasi masalah kelewatan yang berpunca daripada tempoh kerja yang pendek, kakitangan awam terpaksa bekerja lebih masa. Alternatif lain ialah kerajaan terpaksa mengambil lebih banyak kakitangan dalam jabatan­jabatan tertentu. Untuk tujuan itu, kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang bagi membayar ganjaran kerja lebih masa tersebut atau untuk menggaji kakitangan tambahan. Keadaan tersebut menjadikan perbelanjaan kerajaan bertambah tinggi sekali gus membebankan kerajaan daripada segi kewangan.
Di samping itu, sistem ini akan membebankan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan. Hal ini demikian kerana keadaan semasa menunjukkan bahawa kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja. Oleh itu, pelbagai urusan yang bersabit dengan urusan asas seperti urusan bank, jabatan kerajaan, dan sebagainya tidak dapat dilakukan pada hari Sabtu lagi sebaliknya terpaksa dilakukan pada hari bekerja. Untuk mengatasi masalah itu, pasangan swami isteri yang bekerja terpaksa mengambil cuti pada hari biasa dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan kakitangan dalam jabatan tertentu.
Sistem ini juga memungkinkan berlakunya penyalahgunaan dalam kalangan pekerja itu sendiri. Mereka tidak memanfaatkan tempoh cuti yang panjang itu untuk mendampingi keluarga mereka atau untuk membuat persediaan kerja. Sebaliknya, mereka menggunakan masa itu untuk menambahkan pendapatan dengan menjual insurans, terlibat dalam jualan langsung, dan sebagainya. Aktiviti yang sedemikian berupaya menjejaskan prestasi dan tumpuan para pekerja terhadap kerja rasmi mereka.
Sistem bekerja lima hari seminggu yang diaplikasikan di negara ini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pekerja awam. Kita tidak mahu waktu kerja yang panjang menjadikan rakyat negara ini mengabaikan institusi kekeluargaan. Kita juga tidak mahu cuti yang berlebihan membebankan kerajaan sehingga menjejaskan kewangan negara.
2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan